Sinopsis Program Diploma

Objektif program ini adalah untuk membina para pelajar yang menguasai ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang luas serta mampu menyuburkan potensi dan kemahiran kanak-kanak dalam aspek fizikal, kognitif, emosi, dan pengamalan nilai-nilai murni. Selain itu program ini juga mampu menyediakan graduan yang berketrampilan sebagai pendidik dan warga kerja yang berkemahiran dalam memenuhi peranan mengajar, mendidik, mengasuh, memimpin, membentuk watak kanak-kanak serta mengurus institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)

  1. Memiliki pengetahuan dan kefahaman luas tentang asas-asas bidang pendidikan awal kanak-kanak.
  2. Berupaya merancang dan melaksanakan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak serta memupuk pembelajaran dan pembangunan mereka.
  3. Boleh menyedia dan mengekalkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk perkembangan kanak-kanak.
  4. Mempamerkan komitmen terhadap profesionalisme pada nilai, sikap dan etika kerja.
  5. Dapat berkomunikasi secara efektif dengan kanak-kanak, rakan sekerja, keluarga dan komuniti
  6. Berupaya menggunakan kemahiran penyelesaian masalah, refleksi diri, kemahiran saintifik dan pemikiran kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  7. Berupaya mengumpul, memilih dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan pengetahuan pembelajaran awal kanal-kanak bagi pembangunan kendiri.
  8. Mempamerkan kemahiran asas pengurusan dan keusahawanan dalam latar persekitaran pendidikan awal kanak-kanak.

Kerjaya

  1. Guru / Pendidik Tadika
  2. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  3. Pembantu Pengurusan Murid
  4. Pengasuh Taska

Laluan Menyambung Pengajian

  1. UPSI
  2. UKM
  3. UPM
  4. UIAM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 1 Kepujian/ Kredit atau setaraf dengannya.

Wajib MQA

  • Pengajian Malaysia – Kredit: 3

Wajib Elektif

  • Pengajian Islam – Kredit: 3
  • Pengantar Perakaunan- Kredit: 2

Major (Asas Pendidikan)

  • Falsafah Pendidikan – Kredit: 2
  • Psikologi Pendidikan – Kredit: 2
  • Pedagogi – Kredit: 3
  • Asas Bimbingan Kanak-Kanak – Kredit: 2
  • Penilaian Alternatif untuk Prasekolah – Kredit: 2
  • Pendidikan Islam untuk awal Kanak-Kanak – Kredit: 2

Major (Teras Perguruan)

  • Pendidikan Di Malaysia – Kredit: 3
  • Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif – Kredit: 2
  • English for Early Childhood – Kredit: 4
  • Praktikum – Kredit: 3
  • Pengurusan Sumber – Kredit: 3
  • Gerak kerja Ko-Kurikulum – Kredit: 1

Major (Pengkhususan)

  • Perkembangan Awal Kanak-Kanak – Kredit: 2
  • Pengesanan Perkembangan Awal Kanak-Kanak – Kredit: 2
  • Kurikulum Prasekolah – Kredit: 2
  • Aktiviti Pembelajaran Prasekolah – Kredit: 3
  • Pendekatan Teknik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak – Kredit: 2
  • Perancangan Penubuhan & Pengurusan Program Prasekolah – Kredit: 3
  • Keselamatan, Kesihatan & Pemakanan – Kredit: 2

JUMLAH KESELURUHAN: 54 KREDIT

Skip to content