Sinopsis Program Diploma

Program ini membincangkan pengetahuan pelbagai cabang asas ilmu dalam bidang Usuluddin merangkumi isu-isu kepercayaan, sumber asas (al-Quran dan Hadith), akhlak dan pemikiran Islam. Pelajar akan didedahkan kepada kitab-kitab klasik (turath) berkaitan aqidah, ulum al Quran, ulum al Hadith, tasawwuf dan lain-lain. Pelajar juga akan  diperkenalkan kepada kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip untuk menganalisis dan menyelesaikan isu yang ada dalam masyarakat berdasarkan sumber-sumber muktabar.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)

  1. Memahami pelbagai cabang asas ilmu bidang usuluddin.
  2. Menghayati kepentingan sumber asas (al Quran dan Hadith) sebagai sumber qat’i dalam menganalisis dan menyelesaikan isu masyarakat.
  3. Memahami dan menghayati ilmu penyucian jiwa manusia melalui ilmu tasawwuf dalam kehidupan seharian.
  4. Berupaya mengenalpasti pelbagai aliran pemikiran dan dapat membuat pemilihan yang tepat berdasarkan prinsip-prinsip bidang usuluddin.
  5. Berupaya membuat kajian perbandingan agama dan menggunakan maklumat yang sahih untuk tujuan dakwah.

Kerjaya

  1. Penolong Pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri
  2. Pembantu Pegawai Masjid
  3. Penolong pegawai JAKIM
  4. Penolong Pegawai Mahkamah Syariah

Laluan Menyambung Pengajian

  1. KUIS
  2. UKM
  3. UIA
  4. USIM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian/ Kredit termasuk salah satu mata pelajaran Pengajian Islam (Pengajian Syariah Islamiiah/Pelajaran Al-Quran & Sunnah/Tasawur Islam) dan mempunyai asas Bahasa Arab atau setaraf dengannya.

Wajib MQA

  • Pengajian Malaysia – Kredit: 3

Major

  • Aqidah Islamiyah – Kredit: 3
  • Ulum al-quran – Kredit: 3
  • Ulum al-Hadith – Kredit: 3
  • Manusia dalam Al-Quran & Sunnah – Kredit: 3
  • Metadologi Dakwah – Kredit: 3
  • Penantar Tasawuf – Kredit: 3
  • Fenomenologi Keagamaan – Kredit: 3
  • Agama-Agama Dunia – Kredit: 3
  • Kepercayaan & Agama-Agama di Malaysia – Kredit: 3
  • Usul Tafsir – Kredit: 3
  • Akhlak & Keperibadian – Kredit: 3
  • Al-Quran & Penemuan Sains – Kredit: 3
  • Pengantar Ilmu Kalam – Kredit: 3
  • Pengantar Falsafah Islam – Kredit: 3
  • Pemikiran Islam Masa Kini – Kredit: 3
  • Firaq Islamiyyah – Kredit: 3
  • Falsafah Perundangan Islam – Kredit: 3

Wajib Kolej

  • Fiqh Islami – Kredit: 3
  • Peradaban Islam – Kredit: 3
  • Pengantar Pengurusan – Kredit: 3
  • Metodologi Penyelidikan – Kredit: 3
  • Projek Akhir/Latihan Industri – Kredit: 3
  • Ko-Kurikulum/Usrah – Kredit: 1

Bahasa

  • Bahasa Arab I – Kredit: 2
  • Bahasa Arab II – Kredit: 2
  • English Level I – Kredit: 2
  • English Level II – Kredit: 2
  • English Level III – Kredit: 2
  • English Level IV – Kredit: 2

Elektif

  • Subjek Pilihan- Kredit: 9

JUMLAH KESELURUHAN: 92 KREDIT

Skip to content