Sinopsis Program Diploma
Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten dan beretika dalam bidang muamalat yang merangkumi perbankan dan kewangan Islam. Pelajar akan didedahkan kepada prinsip dan amalan umum dalam industri kewangan dan perbankan. Penekanan diberi kepada urusniaga kewangan dan perbankan yang patuh syariah seperti dalam kontrak-kontrak mudharabah, musyarakah, tawarruq dan lain-lain. Melalui kurikulum yang holistik dan mampan, adalah diharapkan program ini dapat menyediakan modal insan yang mahir dan berupaya membantu masyarakat dalam amalan bermuamalah.
Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)
- Memiliki pengetahuan kukuh mengenai konsep dan prinsip dalam muamalat.
- Dapat membezakan amalan dan kontrak urusniaga kovensional berbanding urusniaga Islamik terutama dalam bidang perbankan dan kewangan.
- Berupaya mengamalkan pengetahuan muamalat dalam bidang kerja masing-masing
- Mendedahkan pelajar dengan kualiti kerja dan etika Islam
- Memupuk budaya keusahawanan dan berupaya melihat peluang bagi hasil-hasil ciptaan baru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat
Kerjaya
- Penolong pegawai di Institusi Kewangan dan Perbankan
- Perunding Kewangan Syarikat Takaful dan Insuran
- Penolong Pegawai Pusat Kutipan Zakat
- Penolong Pegawai Majlis Agama Islam
- Penolong Pegawai Jabatan Agama Islam
- Penolong Pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Usahawan
Laluan Menyambung Pengajian
- UIAM
- UKM
- UPSI
- UPM
- USIM
- KUIS
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian/ Kredit atau setaraf dengannya.
Wajib MQA
- Pengajian Malaysia – Kredit: 3
Major
- Pengantar Perakaunan – Kredit: 3
- Mikroekonomi – Kredit: 3
- Makroekonomi – Kredit: 3
- Asas Kontrak Islam – Kredit: 3
- Pengantar Perniagaan Islam – Kredit: 3
- Matematik Perniagaan- Kredit: 3
- Ekonomi Islam – Kredit: 3
- Tafsir Ayat & Hadith Muamalat – Kredit: 3
- Pengurusan Zakat – Kredit: 3
- Pengantar Kewangan – Kredit: 3
- Pengurusan Pusaka Islam – Kredit: 3
- Sistem Percukaian Islam – Kredit: 3
- Islamic Banking Practice – Kredit: 3
- Introduction to Information and Communication Technology – Kredit: 3
- Introduction to Risk Management, Takaful and Insurance – Kredit: 3
- Nizam al-Maliah – Kredit: 3
Wajib Kolej
- Fiqh Islami – Kredit: 3
- Peradaban Islam – Kredit: 3
- Pengantar Pengurusan – Kredit: 3
- Metodologi Penyelidikan – Kredit: 3
- Projek Akhir/Latihan Industri – Kredit: 3
- Ko-Kurikulum/Usrah – Kredit: 1
Bahasa
- Bahasa Arab I – Kredit: 2
- Bahasa Arab II – Kredit: 2
- English Level I – Kredit: 2
- English Level II – Kredit: 2
- English Level III – Kredit: 2
- English Level IV – Kredit: 2
Elektif
- Subjek Pilihan- Kredit: 3
JUMLAH KESELURUHAN: 91 KREDIT
- MQA/FA5073
- Sepenuh Masa: 2 Tahun 1/2 Setengah
- Modular: 3 Tahun