Search
+ 0
Pelajar Semasa​
0
Alumni​ Kolej
0
Kursus​ Ditawarkan
0
Pensyarah Bertugas​

Tentang Kami

Kolej Dar al-Hikmah

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi swasta yang dimiliki oleh Bina Ilmu Sdn Bhd. Ia di asaskan pada tahun 1989 sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPII) dan kemudian dijenamakan semula kepada Kolej Dar al-Hikmah pada 2002. Kampus KDH terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.

KDH menawarkan beberapa program diploma iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Perguruan Prasekolah, Diploma Pengajian Syariah dan Diploma Usuluddin. Semua program yang ditawarkan memenuhi piawaian dan mendapat akreditasi daripada pihak MQA.

Mulakan perjalanan akademik anda di KDH

KDH menawarkan kursus-kursus diploma yang terbahagi kepada tiga pengajian utama iaitu Pengajian Syariah, Pengajian Pengurusan & Muamalat serta Pengajian Pendidikan.

Matlamat Kolej Dar al-Hikmah

Membina Generasi Ilmuwan Ulu'l Albab

Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Bagi memenuhi hasrat itu KDH menyediakan kursus-kursus asas Islam sebagai subjek wajib kolej dan menggabungkannya dengan program profesional/akademik untuk melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketrampilan, berakhlak, komited dan berdaya maju.

Pengurusan Tertinggi

Kolej Dar al-Hikmah

Prof Dato. Dr. Muhammad Nur Manuty

Presiden Kolej Dar al-Hikmah

Tn. Hj. Shahran Kasim

Ketua Eksekutif

En. Muhammad Haffiz bin Muhamad Isa

Pengarah Pengurusan & Perancangan Strategik

Dr Ghazali bin Basri

Pengarah Akademi Kajian Ketamadunan

Kata-kata Alumni

Berminat Dengan Kolej Dar Al-Hikmah?​

Boleh terus hubungi kami di ruang media sosial kami dan para pegawai KDH sendiri akan membantu menjawab segala persoalan dan memudahkan urusan anda!

Aktiviti Kolej

Ikuti perkembangan aktiviti dan program khas, harian dan bulanan bersama Kolej Dar al-Hikmah.

Skip to content