Sinopsis Program Diploma
Objektif program ini adalah untuk membina para pelajar yang menguasai ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang luas serta mampu menyuburkan potensi dan kemahiran kanak-kanak dalam aspek fizikal, kognitif, emosi, dan pengamalan nilai-nilai murni. Selain itu program ini juga mampu menyediakan graduan yang berketrampilan sebagai pendidik dan warga kerja yang berkemahiran dalam memenuhi peranan mengajar, mendidik, mengasuh, memimpin, membentuk watak kanak-kanak serta mengurus institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan berkesan.
Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)
- Memiliki pengetahuan dan kefahaman luas tentang asas-asas bidang pendidikan awal kanak-kanak.
- Berupaya merancang dan melaksanakan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak serta memupuk pembelajaran dan pembangunan mereka.
- Boleh menyedia dan mengekalkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk perkembangan kanak-kanak.
- Mempamerkan komitmen terhadap profesionalisme pada nilai, sikap dan etika kerja.
- Dapat berkomunikasi secara efektif dengan kanak-kanak, rakan sekerja, keluarga dan komuniti
- Berupaya menggunakan kemahiran penyelesaian masalah, refleksi diri, kemahiran saintifik dan pemikiran kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak.
- Berupaya mengumpul, memilih dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan pengetahuan pembelajaran awal kanal-kanak bagi pembangunan kendiri.
- Mempamerkan kemahiran asas pengurusan dan keusahawanan dalam latar persekitaran pendidikan awal kanak-kanak.
Kerjaya
- Guru / Pendidik Tadika
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
- Pembantu Pengurusan Murid
- Pengasuh Taska
Laluan Menyambung Pengajian
- UPSI
- UKM
- UPM
- UIAM
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian/ Kredit atau setaraf dengannya.
Wajib MQA
- Pengajian Malaysia – Kredit: 3
Wajib Elektif
- Pengajian Islam – Kredit: 3
- Pengantar Perakaunan- Kredit: 2
Major (Asas Pendidikan)
- Falsafah Pendidikan – Kredit: 2
- Psikologi Pendidikan – Kredit: 2
- Pedagogi – Kredit: 3
- Asas Bimbingan Kanak-Kanak – Kredit: 2
- Penilaian Alternatif untuk Prasekolah – Kredit: 2
- Pendidikan Islam untuk awal Kanak-Kanak – Kredit: 2
Major (Teras Perguruan)
- Pendidikan Di Malaysia – Kredit: 3
- Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif – Kredit: 2
- English for Early Childhood – Kredit: 4
- Praktikum – Kredit: 3
- Pengurusan Sumber – Kredit: 3
- Gerak kerja Ko-Kurikulum – Kredit: 1
Major (Pengkhususan)
- Perkembangan Awal Kanak-Kanak – Kredit: 2
- Pengesanan Perkembangan Awal Kanak-Kanak – Kredit: 2
- Kurikulum Prasekolah – Kredit: 2
- Aktiviti Pembelajaran Prasekolah – Kredit: 3
- Pendekatan Teknik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak – Kredit: 2
- Perancangan Penubuhan & Pengurusan Program Prasekolah – Kredit: 3
- Keselamatan, Kesihatan & Pemakanan – Kredit: 2
JUMLAH KESELURUHAN: 54 KREDIT
- MQA/FA5233
- Sepenuh Masa: 2 Tahun 1/2 Setengah
- Modular: 3 Tahun