Sinopsis Program Diploma

Objektif program ini adalah untuk membina pelajar yang mempunyai asas ilmu psikologi yang kukuh serta memiliki sahsiah dan adab yang sesuai dengan nilai-nilai Islam. Para pelajar program ini dilatih untuk dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam memberi khidmat psikologi kepada masyarakat serta menjadi ‘role model’ generasi ilmuwan ulu’l-albab. Pendekatan yang bersifat ‘personalised touch’ atau ‘suhbah’ pengajar–penuntut yang merupakan ciri utama pembelajaran di sini diharap dapat membantu melahirkan graduan yang mempunyai keseimbangan emosi, spiritual, jasmani dan kognitif serta berkeyakinan tinggi dan kompeten dalam kerjaya masing-masing.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)

  1. Menguasai ilmu asas dan pelbagai teori dalam semua subjek psikologi.
  2. Mengenalpasti permasalahan psikologi secara holistik dan berupaya menanganinya dengan cekap.
  3. Boleh mentadbir dan mengaplikasi inventori psikologi dan mengendalikan latihan yang berkaitan dengan pembangunan diri dan kerjaya.
  4. Berkemampuan berkomunikasi dan beradaptasi dengan individu dan masyarakat daripada pelbagai budaya.
  5. Berupaya meramal sesuatu tingkah laku yang akan terjadi terhadap seseorang berdasarkan teori yang dipelajari.
  6. Mampu menjelaskan pengetahuan tentang fakta psikologi dan hubungan antara tingkah laku manusia.
  7. Cekap menggunakan kemahiran ICT dan pengurusan pemfailan untuk menyambung pengajian dan kegunaan di tempat kerja mereka kelak.
  8. Berupaya mempengaruhi seseorang ke arah tingkah laku dan kehidupan yang lebih baik dan sihat (role model).

Kerjaya

  1. Pembantu Pegawai Psikologi (dalam pelbagai bidang ie. sukan, industri dan organisasi, keagamaan dan lain-lain)
  2. Pekerja Perkhidmatan Sosial
  3. Agen Khidmat pelanggan

Laluan Menyambung Pengajian

  1. UIAM
  2. UKM
  3. UPSI
  4. UPM
  5. USIM
  6. Griffith College, Dublin Ireland

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian/ Kredit atau setaraf dengannya.

Wajib MQA

  • Pengajian Malaysia – Kredit: 3

Major

  • Pengantar Psikologi – Kredit: 3
  • Psikologi Perkembangan Manusia – Kredit: 3
  • Psikologi Pembelajaran – Kredit: 3
  • Psikologi Personaliti – Kredit: 3
  • Statistik untuk Sains Sosial – Kredit: 3
  • Ujian dan Pengukuran dalam Sains Sosial – Kredit: 3
  • Psikologi Kognitif – Kredit: 3
  • Psikologi Fisiologi – Kredit: 3
  • Psikologi Bilazim – Kredit: 3
  • Psikologi dalam Perspektif Islam – Kredit: 3
  • Psikologi Sosial – Kredit: 3
  • Psikologi Motivasi – Kredit: 3
  • Psikologi Industri & Organisasi – Kredit: 3
  • Pengantar Bimbingan & Kaunseling – Kredit: 3
  • Teori Kaunseling & Psikoterapi – Kredit: 3
  • Manusia dalam Al-quran & Sunnah – Kredit: 3

Wajib Kolej

  • Fiqh Islami – Kredit: 3
  • Peradaban Islam – Kredit: 3
  • Pengantar Pengurusan – Kredit: 3
  • Metodologi Penyelidikan – Kredit: 3
  • Projek Akhir/Latihan Industri – Kredit: 3
  • Ko-Kurikulum/Usrah – Kredit: 1

Bahasa

  • Bahasa Arab I – Kredit: 2
  • Bahasa Arab II – Kredit: 2
  • English Level I – Kredit: 2
  • English Level II – Kredit: 2
  • English Level III – Kredit: 2
  • English Level IV – Kredit: 2

Elektif

  • Subjek Pilihan- Kredit: 12

JUMLAH KESELURUHAN: 91 KREDIT

Skip to content