KAKITANGAN AKADEMIK
Amin Al-Jufri
Pensyarah Bahasa Arab / Penyelaras Program Modular
Nur A'Qilah binti Haijasi
Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak
Shahrul Hizam bin Mokhtar
Timbalan Pengarah Akademik & Jaminan Kualiti/ Ketua Jabatan Pengajian Islam / Pensyarah Pengajian Am
Shahrul Hizam bin Mokhtar
Timbalan Pengarah Akademik & Jaminan Kualiti/ Ketua Jabatan Pengajian Islam / Pensyarah Pengajian Am
SHAHRUL HIZAM BIN MOKHTAR is a man with a strong will with the clear visionary , born in 1978. Started his secondary education at (Sekolah Menengah Agama Ittifaqiah Jerteh, Terengganu), he attained his Malaysian Education Certificate in 1995. Later on, he pursued his first degree at University Tofayl, Kenitra Morocco. Graduated in 2007, he was equipped with Islamic Studies. Soon after back to Malaysia, he started his first job as a lecturer at Kolej Dar Hikmah until now. Now he is act as Deputy Director of Academic and quality assurance panel member at Kolej Dar hikmah. He also known as religious speaker in Kuala Lumpur, Selangor and Putrajaya.
- Email:shahrul@hikmah.edu.my
Pn. Nafrulniza binti Abd Manap
Pensyarah Bahasa Inggeris
Mohd Nasir bin Mohd Tap
Pensyarah Kanan Pengajian Islam
Mohd Nasir bin Mohd Tap
Pensyarah Kanan Pengajian Islam
MOHD NASIR BIN MOHD TAP merupakan ahli akademik yang berasal dari Kluang, Johor. Dilahirkan di Kampung Tanjung Gading Laut, Muar (kini dalam Daerah Tangkak). Beliau memulakan pendidikannya di SK Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor dan SK LKTP Ulu Belitong, Kluang, Johor. Selanjutnya beliau menyambung pelajaran menengahnya di Madrasah ‘Arabiyyah (kini Sekolah Menengah Agama), Bandar Tenggara, Kulai dan Maahad Johor, Johor Bahru. Beliau selanjutnya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan dengan pengkhususan dalam bidang Usul al-Din dan Perbandingan Agama (major) dan Sains Politik (minor) sehingga memperolehi ijazah-ijazah Sarjana Muda (2002) dan Sarjana (2005). Tesis Sarjana beliau berjudul Manhaj al-Ma‘rifah al-Dhawqiyyah ‘Inda al-Imam al-Ghazzali (Metode Pengetahuan Intuitif di sisi Imam al-Ghazzali) di bawah penyeliaan dan bimbingan Prof. Dr. Abu Ya‘reb al-Marzuqi dan Prof. Dr. Ibrahim M. Zein. Setelah itu, beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Program Usuluddin, Jabatan Pengajian Islam, Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang, Selangor sejak tahun 2006. Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di KDH dan Timbalan Pengarah di Akademi Kajian Ketamadunan (AKK), KDH. Di samping itu, beliau juga dilantik sebagai felo di Pusat Kajian Maqasid, Institut Darul Ehsan (IDE), Selangor. Selain terlibat dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan di Kolej, beliau juga aktif mengajar sebagai guru takmir di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Lembah Kelang termasuklah di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Beliau turut aktif membentangkan makalah di program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Selain itu, beliau turut menghasilkan beberapa karya berupa buku, monograf dan makalah di antaranya Mencarik Ilusi, Menggapai Realiti: Wacana Tasawuf, Tarekat dan Kalam Imam Ahmad al-Sirhindi (AKK, 2009), ‘Epistemologi dan Kosmologi Ahmad al-Sirhindi’ dalam Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu (Penerbit UM, 2013), Abu Hamid al-Ghazzali dan Epistemologi Pencerahan (2017, AKK), Sekularisasi: Dari ‘Kematian’ Tuhan ke ‘Kematian’ Insan (AKK, 2019), Dialog Agama dan Faham Kiri (AKK dan IDE, 2019) dll.
Nur Aisyah binti Mahadi
Pensyarah Kaunseling
Zuljalaluddin bin Abdul Rani
Ketua Jabatan Sains Sosial & Pendidikan / Pensyarah Psikologi
Zuljalaluddin bin Abdul Rani
Ketua Jabatan Sains Sosial & Pendidikan / Pensyarah Psikologi
ZULJALALUDIN BIN ABDUL RANI, anak sulung daripada tujuh orang adik beradik, lahir di Damansara, Kuala Lumpur pada tahun 1973. Memulakan persekolahan di SK Sg. Penchala, Damansara dan seterusnya di peringkat sekolah menengah rendah di Sek Menengah Agama Selangor (SMAS), Kajang dan di peringkat sekolah menengah tinggi di SAMT Sultan Salahuddin Bt 38, Sabak Bernam. Mendapat pendidikan Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1997. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Pemikiran Islam daripada Univiversiti Islam Negeri Imam Bonjol (UIN IB), Padang Sumatera Barat pada tahun 2010. Selain bidang Pengajian dan Pemikiran Islam beliau juga telah menyelesaikan Pengajian Sarjana Kaunseling dalam pengkhususan Kaunseling Keluarga di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2016. Selepas bergraduat daripada UIAM beliau telah bertugas di SRI SMI Sg. Ramal Dalam selama setahun, dan selepas itu menyertai Kolej Dar al-Hikmah pada tahun 1998 hinggalah sekarang. Mengajar subjek-subjek berkaitan dengan Fiqh Ibadah, Manusia Dalam Perspektif al-Quran dan al-Sunnah, Psikologi Dalam Perspektif Islam dan Kaunseling Keluarga. Diamanahkan sebagai Ketua Jabatan Sains Sosial pada tahun 2020. Selain daripada menguruskan Jabatan beliau juga mengajar dan menjadi kaunselor di Kolej Dar al-Hikmah.
- Email:zuljalal@hikmah.edu.my